ComeBack Phase ~ Printing Stability

Zammira Productions didaftarkan sempena nama Co Founder untuk perniagaan ini iaitu pada tahun 2012/2013, dan telah dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada banyak pelanggan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, dari makcik kiah yang menjual pisang goreng di tepi jalan, warong pak saleh di bukit jambul, nasi ayamfamous penang hingga ke perdana menteri sewaktu tahun 2013 (Najib Rajak Bossku) dan juga kemenangan PKR/Pakatan harapan pada PRU 2015, ada sumbangan yang kami telah berikan secara tak langsung. Graphik Design dan Pencetakan (Printing) sememangnya evergreen dan dapat berkembang dan digunakan tanpa prejudis terhadap parti politik atau bangsa..

Setelah setahun SuperPrint(Nama Comercial di urus oleh Zammira Productions) berkhidmat di hadapan Famous Nasi Kandar kayu, Bukit Jambul, Tiba masa berubah angin ke kampung halaman di kedah untuk mendirikan rumah tangga / “Settle down” di sana. Momentum jualan dan kestabilan perniagaan ini telah diamanahkan kepada sebuah syarikat pengurusan tetapi tidak dapat bertahan lama dan terpaksa ditutup pada 2014. Namun dengan database yang ada dan pengalaman dari Penang, SuperPrint mula bertapak di Alor Setar Kedah dan bermula dari bawah semula. Tanpa Kedai/premis, jualan dari pintu ke pintu, margin rendah (Untuk menarik pelanggan) mengambil tempahan tanpa deposit dan pelbagai kesusahan yang pernah dirasai sebelum ini di Penang dimulakan semula di Bandar Alor Setar.

2014Tumpang Kedai Orang. Pahit dan perit tetapi terpaksa dilakukan demi meneruskan perniagaan ini. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, hampir 6 bulan disini (Jalan Langgar Alor Setar). Tak perlu dihuraikan namun banyak yang dapat dipelajari ~ Terima Kasih “Botak”.

2014Sewa Partition Kedai 12×6 kaki. Kalau sesiapa nak try 12×6 kaki size macamana boleh bahagi 2 bilik tidur anda. Ya, hanya muat 1 meja designer dan kerusi mengunggu pelanggan. Strategi bisnes/ model bisnes waktu ini terpaksa ditukar sedikit untuk blend in situasi semasa. Perkhidmatan high End atau yang mahal-mahal perlu di UPsell kemudian, selepas client puas hati dengan perkhidmatan kecil (contoh: Bisneskad atau stiker) yang kami buat. Namun berjaya juga convince client, susah tapi boleh. Dengan izin Allah apa yang penting kita perlu percaya rezeki tak pernah salah alamat. Tetapi dengan presmis kecil sebegini pasti banyak rejection yang perlu dihadapi. 1. Di tolak sebagai pembekal Majalah SMKP*******, Kedah. 2. Designer “Lari ” ke syarikat yang lebih besar dan selesa. (Post ni boleh dihuraikan nanti dalam topik Reflex the Rejection)

2015Sewa Kedai Kecil (Full) Tingkat 1. Lokasi tidak jauh dari premis lama partition bermulalah legasi baru Superprint. InsyaAllah Sambungan di post seterusnya. (Next post Buiding Retirement Strategy)

………………………………………………………………….Our Expertise……………………………………………………………

Kami Menyediakan perkhidmatan mencetak marketing tool, Videography, Photography dan alat-alat yang penting untuk menjalankan promosi seperti bisnes kad, flyer, brochure, bunting, poster dan sebagainya. Kualiti printing dijamin terbaik pada harga yang dijamin murah berbanding di pasaran semasa.Kami juga membantu anda menjimatkan kos. Rasai pengalaman printing yang selesa dan nikmati pelbagai tawaran yang hebat dan murah. Tempahan melalui emel, anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Anda pasti mahu print dengan kualiti terbaik pada harga yang lebih murah serta cara pesanan yang ringkas dan cepat. Free Delivery to West Malaysia TnC Apply.

Now our printing Business based in Jitra. Perkhidmatan percetakan di Jitra dan Alor Setar