Our Journey ~ Business Startup

Tahun 2010: Perniagaan kami bermula dari bawah, seperti kebanyakan perniagaan lain tanpa modal dan berbekalkan sedikit pengalaman dalam dunia fotografi fotomalaya.com kami menggunakan nama designation2u.com menjalankan perkhidmatan design secara online dan printing service secara dropship (percetakan dari kilang terus ke pelanggan).

Pada tahun yang sama iaitu penghujung tahun 2010, platform sosial media masih baru dan facebook juga amat baru dalam Malaysia, platform terbaik untuk menjalankan perniagaan ketika ialah melaui Groupon, platform berasakan pembelian secara pukal, kami menyertai kempen yang dianjurkan Milkadeal.com (platform syarikat malaysia yg menyerupai groupon) dan amat berhasil dalam meningkatkan sales ketika itu.

Peningkatan jualan pada tahun 2011, memberikan keyakinan untuk kami pergi lebih jauh dalam dunia Grafik & percetakan, untuk menembusi pasaran lebih luas dengan melakukan hampir semua jeis perkhidmatan yang berkaitan, termasuk kad kahwin, booklet, baucher, kad nama, flyers, brochure, Fotografi, Tshirt Printing, Gift/Cenderahati, Paper Bag, Sticker, billbooks dan pelabagai lagi. Teknik pemasaran tidak menumpukan online dan lebih kepada door to door marketing. Tebal muka, sedikit modal minyak, masa dan tanpa tools/sample yang banyak. Sedikit sukar tapi boleh. InsyaAllah. Banyak rejection dan keraguan dari client / pelanggan terpaksa ditempuhi dan diterima, namun kami tempuh dengan sabar dan azam yang kuat.

2012 Bermula era baharu “SUPERPRINT” dengan penambahan tempahan dan jualan yang dapat dibuat, kami menyewa premis di The CEO, Bayan Baru Pulau pinang, Berkonsepkan soho, Kami menambah Mini studio dan mempunyai seorang Grafik designer tetap sebagai seorang staf yamg menjaga kedai/ premis. Dari startup Online bisnes, membuka pejabat di rumah dan seterusnya menyewa premis sebagai kedai rasmi amatlah bermaknadan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Ikuti post seterusnya bagaimana Zammira Productions didaftarkan secara rasmi untuk menguruskan SUPERPrint.

……………………………………………………………..WHAT WE DO NOW?………………………………………………………….

Kami Menyediakan perkhidmatan mencetak marketing tool, Videography, Photography dan alat-alat yang penting untuk menjalankan promosi seperti bisnes kad, flyer, brochure, bunting, poster dan sebagainya. Kualiti printing dijamin terbaik pada harga yang dijamin murah berbanding di pasaran semasa.Kami juga membantu anda menjimatkan kos. Rasai pengalaman printing yang selesa dan nikmati pelbagai tawaran yang hebat dan murah. Tempahan melalui emel, anda dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Anda pasti mahu print dengan kualiti terbaik pada harga yang lebih murah serta cara pesanan yang ringkas dan cepat. Free Delivery to West Malaysia TnC Apply.

Now our printing Business based in Jitra. Perkhidmatan percetakan di Jitra dan Alor Setar

Posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , , , , , .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *